Rabu, 19 Juni 2013

13 hal pada diri wanita yang harus dijaga.




1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening .”
(H.R. Abu
Daud Fi Fathil Bari)

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng.
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”
(Surah An-Nur Ayat 31.) 

Keterangan :
Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian.
“Siapa sahaja wanita yang
memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang.”
(H.R. Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4. Dada.
“Hendaklah mereka (perempuan)
melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka .”
(Surah An-Nur Ayat 31)


5. Gigi.
“Rasullulah melaknat perempuan
yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.”
(H.R. At-Thabrani)


“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.”
(H.R.Bukhari
dan Muslim)

6. Muka dan leher.
”Dan tinggallah kamu
(perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.”

Keterangan :
Bersolek (make-up) dan
menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Tubuh/badan.
Asma Binte Abu
Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: “Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.”
(H.R. Muslim dan Bukhari)


8. Tangan.
”Sesungguhnya kepala yang
ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.”
(H.R. At Tabrani dan
Baihaqi)

9. Mata.
”Dan katakanlah kepada
perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.”
(Q.S. An
Nur Ayat 31)


Sabda Nabi Muhamad shallallahu ‘alaihi wasallam, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.”
(H.R. Ahmad, Abu Daud dan
Tirmidzi)

10. Mulut (suara).
”Janganlah
perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”
(Q.S. Al Ahzab Ayat 32)


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.”
(H.R. Ibn Majah)


11. Kemaluan.
“Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.”
(Q.S
. An Nur Ayat 31)

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.”
(H.R. Al
Bazzar)

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.”
(H.R.
Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)

12. Pakaian
“Barangsiapa memakai
pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.”
(H.R.
Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah)

”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.”
(Q.S. Al Ahzab ayat 59)

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium.”
(H.R.Bukhari dan Muslim)

Keterangan :
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/ membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut
“Wahai anakku Fatimah!
Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)

Sumber : Facebook
Ceramah Harian Islam  
----------------------
Artikel : My Diary 

Baca juga :
- Hati.
- Ta'ati suamimu, Surga bagimu.
- Hadits tentang wanita.
- Inilah hikmah dibalik cobaan yang belum engkau tahu.
- Saudariku, milikilah sedikit rasa malu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar